91快播 | Universiti Malaysia Perlis
ILMU - KEIKHLASAN - KECEMERLANGAN
Kampus Hijau
Kampus Hijau adalah suatu komuniti bertujuan menambahbaik keberkesanan penggunaaan tenaga, memelihara sumber dan mempertingkatkan kualiti persekitaran. Ini dapat dicapai melalui pendidikan lestari serta pelaksanaan projek-projek tertentu untuk membina kehidupan yang sihat dan kondusif.
Sebagai sebuah gedung ilmu, Universiti Malaysia Perlis (91快播) tidak terkecuali untuk menjadikan kampusnya sebagai Kampus Hijau.
Namun untuk menjadikan 91快播 sebagai Kampus Hijau bukanlah perkara mudah kerana teknologi hijau semata-mata tidak mencukupi. Sebaliknya, nilai-nilai kelestarian dalam komuniti universiti serta komuniti setempat juga diperlukan. Contoh yang paling mudah ialah amalan menutup suis lampu dan penghawa dingin ketika tiada orang.
Projek ini dibimbing oleh Majlis Profesor 91快播 dan Pejabat Penolong Naib Canselor Komunikasi Korporat, dan urusetianya ialah Unit Pembangunan Lestari. Beberapa siri perbincangan telah diadakan, termasuk pembentangan kepada Naib Canselor serta exco tertinggi 91快播. Bengkel Kampus Hijau juga telah dijalankan pada 12 Jun 2012 di Timah Tasoh.
Menurut pensyarah dari Pusat Pengajian Kejuruteraan (PPK) Mekatronik 91快播, Dr. Siti Khadijah Za'aba, pelaksanaan Kampus Hijau sebenarnya adalah suatu pelaburan jangka panjang yang baik.
Dr Siti Khadijah, yang merupakan penyelaras projek ini, menerangkan bahawa perlaksanaan kampus hijau ini akan menguntungkan universiti daripada segi penggunaan sumber tenaga serta memastikan amalan-amalan terbaik dapat dipraktikkan supaya generasi akan datang dapat menikmati kemudahan seperti yang kita nikmati sekarang.
鈥淪etakat ini, pasukan Kampus Hijau 91快播 sedang merangka pelan tindakan sejauh lima tahun. Mungkin kita boleh lihat kemajuan projek ini dalam lima tahun akan datang,鈥 katanya ketika dihubungi.
Beliau menekankan pelaksanaan projek ini terbahagi kepada empat aspek, iaitu pentadbiran, akademik, penyelidikan serta komuniti setempat.
鈥淜ejayaan Kampus Hijau bergantung kepada kejayaan keempat-empat pihak yang menerajui aspek-aspek yang disebutkan,鈥漦atanya.
Beberapa pasukan telah dibentuk berdasarkan tema-tema tertentu dengan diketuai oleh ketua kumpulan masing-masing. Antaranya;

Tema-tema ini penting bagi memastikan projek Kampus Hijau ini dilaksanakan dengan menyeluruh,鈥 katanya. Universiti adalah tempat bukan sahaja untuk menimba ilmu pengetahuan, malah ia juga adalah tempat untuk membina sahsiah. Ia merupakan tempat yang sesuai untuk memupuk ciri-ciri kelestarian kerana graduan yang dilahirkan secara langsung atau tidak langsung akan terlibat untuk menyumbangkan tenaga bagi memajukan negara.
Selain itu, antara langkah lain yang telah diambil 91快播 dalam memastikan perlaksanaan kampus hijau ini tercapai adalah setiap tahun, PPK Alam Sekitar 91快播, akan melaksanakan kempen 鈥淓arthday鈥.
Kempen ini bagi memberikan kesedaran kepada pelajar dan staf akan pentingnya alam sekitar. 91快播 juga turut mengadakan program kitar semula. Semoga dengan projek kampus lestari dan kampus hijau ini, amalan kelestarian dapat diterapkan ke dalam sanubari warga 91快播 serta masyarakat setempat.
禄 Sila layari laman sesawang rasmi Kampus Lestari 91快播 ( ) untuk maklumat lanjut.
Untuk maklumat lanjut mengenai Kampus Lestari 91快播, sila hubungi:
Jemaah Profesor 91快播
Pn. Hanimah Karjoo
Penolong Pendaftar
Tel.: +604 979 7947
Fax : +604 979 7948
Email: hanimah@unimap.edu.my
Tarikh dikemaskini: 30 Januari 2019